BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 21 Disember 2010

Memori Zaman Sekolah......:-)

Pon...Pon...Pon...!!!!!!!!!!!!!!!


'Mak, ad posmen sampai'..... 'Angah tengok laaa sat.... mak ada kerja nie'... aku dengan segannya p laa tengok surat 2.... 'Adik, ni ada surat..tolong sign kt cni'.... ak pon sign ja laaa wlupun nie 1st time ak sign utk amek surat....hahaha


Masuk rumah....'Angah...!! surat dari sapa 2...???' mak tanya... ak pon jawab' xtau la mak, xbukak lg smpul 2'... aku melangkah ke sofa sambil membuka sampul 2.... tengok dari sampul 2 ada almat dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal.... alaaa, mst ak xdapat punya laa tawaran p masuk smka... bkn sng nak dapat sekolah 2... desis hatiku...



sampul dibuka... Kepada:- Muhammad Mustaqim Bin Ahmad Zahirul Arifin, anda telah berjaya diterima masuk ke SMKANT... sila laporkan diri pada 3 Januari 2006... aku terdiam sejenak... aku baca lagi sekali surat 2... blurrr... macam x percaya... 'Mak...!!!!!!!!!!!!!! angah dapat masuk smka'.... 'Alhamdulillah'..mak ckp....



malam 2 aku terfikir lg... ad ka skola 2..?? awt x ppernah dengar pon.... setahu aku, smka yg aku tau cuma al-irsyad n al-mashoor ja... smka Nibong Tebal... hurmmm, 1st time dengar nama sekolah nie... tp apa2 pon, ak gembira sebab dpt masuk smka gak...




nie la sekolah aku.....




pejam celik, pejam celik... dh tiba hari pendaftaran n hari masuk asrama.... barang bagai nak penuh but reta... mcm nak pindah sana terus... xcited+ketaq laa katakan...hahaha... time form 1 mmg macam2 benda jadi... dpt kawan baru, rumah baru(dorm), katil baru, abang baru, kakak baru...hahaha...




time 2 jugak laa aku kenal erti hidup berkeluarga secara besar-besaran... usrah, kulimin, macam2 lagi laa yang aku belajar kt cni... paling syok time depa riuh pasal histeria... 1 sekolah bising... aku pon ketaq gak laa sbb 1st time alami benda cmnie... dok kt rumah mana ad... laa nie laa nak merasa pon(cakap besaq)...haha.. badar n exco, 1st time dengaq tertnya2 jugak laa... ap benda laa 2... dh lma2 dok cni baru tau... dulu time form1 ad gak pasang angan2 nk jd exco, besa laaa... angan2 budak2... haha


mcm2 laa aku harungi dengan kawan2... men bola sepak, kawad, badminton, bahas, pidato, syarahan, buat gadget, hari koko, hari sukan dan mcm2 lagi laa... klu nak tulis satu2 mmg penuh laa blog nie... haha.... paling xboleh lupa... 'FLY' atau lebih dkenali oleh budak smkant 'outing malam'.... haha... mcm syok gk wat aktviti 2, tmbah2 time poket tengah berat... lg laa suka melabur duit di tempat yang x sepatutnya(CC)...haha




hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, tup2... dah jd form 5, senior pulak 2.... mcm x percaya jaa... nk SPM...?? wouw... nk habis sekolah dh ka nie...??? biaq betul...??? benda 2 laa ak dengaq dari mulut kawan2(aku pon termasuk sekali)... time 2 laa baru nak merasa hidup kt smkant... rindu, gembira, sedih, syok...haha




tapi, sekarang nie semua dh berlalu... kenangan dgn kawan2 mmg syok.. 2 laa org dok cakap, zaman sekolah adalah zaman plg bhagia... lps tamat sekolah bru kita rasa... hurrmmmm... semua dh lepas... yg tinggal hanyalah kenangan(ayt novel)... haha... harap2 laaa, ukhwah kita bersama tidak akn retak... all the best utk menghadapi ujian dunia luar... sekian... salam ukhwah dari aku utk kwn2 semua.... salam....


sebahagian form 5
all form 5(tp rmi yg dh blik time nie)
sebahagian piala yg dmenangi(2010)
kelas aku,5 Ikmal(pdoih salim, pdoih hasan, pak jaq, aku, mior, waqi,
din,konad, rojo, polam, aiman, taufik, dinie, nori, mijiz, nad, intan, arina)
nie laa surau sekolah kami (surau Al-Falah)








Bertuahkah Islam mendapat Melayu?

Malam ini aku menangis.





Qiyam Ramadan aku beriring sendu.





Aku tidak dapat menahan rasa sedih dan kesal, bagai ada batu besar terbuku menjadi beban di lubuk hatiku.





Rasa terkilan itu juga bersulam silang dengan rindu.





Aku rindu pada saat-saat kelanaku di bumi yang amat jauh dan terpencil daripada dunia Islam. Merindui Ramadan di kelana dakwahku semasa menggalas tugas mengimamkan umat di tapak krisis Protestant – Katholik itu.





Di bumi Ulster.





Kenanganku kepada Ramadan di Belfast bukan pada kemeriahan berbuka puasa atau berQiyam semata.





Apa yang lebih mengundang rindu, menusuk kalbu, adalah pada manis yang dijamu. Kemanisan bekerja untuk Islam di bulan Ramadan, tatkala masjid kecilku itu menyaksikan begitu ramai anak tempatan disentuh hidayah Allah. Di lindungan bumbung Ramadan, masjidku dilimpahi rahmat dengan ungkapan Shahadah lelaki dan perempuan, yang semenjak lahir mereka tidak kenal Allah dan Muhammad, namun di masjidku, mereka kembali.





Kembali kepada fitrah.





Mereka bersyahadah.





Itulah Ramadan di bumi Eropah.





Bukan hanya di masjid kami, malah di kebanyakan masjid yang ada.





Di masjidku, kami mahu ia seperti Masjid Nabi. Sesiapa yang mencari teduh, dijemput berteduh. Sesiapa mencari hidayah, disambut dengan ramah. Hampir setiap hari tetamu datang dengan pelbagai agama dan latar belakang. Namun mereka bertemu di maksud yang satu. Mereka mahu tahu.





Apa Islam? Siapa Muslim? Mengapa Islam? Bagaimana Muslim?





Mereka tidak pernah mengotorkan masjid. Mereka tidak pernah mencemari masjid. Mencabut kasut, kami beritahu. Berpakaian sopan, mereka sudah tahu. Menghormati jemaah, memang cara hidup mereka begitu, hingga kami tidak terbayang berkemungkinan mengulang perbuatan Nabi, membasuh kencing Badwi, tanpa merungut dan mencela caci.





Pada mereka, datang bertamu.





Pada kami, Allah yang menyeru.





Tugas kami menyambut tetamu.





Bukankah itu amanah di bahu?





Bulan Ramadan adalah bulan yang dinanti-nantikan. Bukan hanya pada segala kebaikan yang sedia terjanji di lisan Nabi yang berpesan. Malah bulan ramai anak tempatan memeluk Islam. Hidayah daripada Allah, namun ikhtiarnya tidak pernah menghela lelah.





"Mr. Imam, boleh awak bacakan saya mana-mana kenyataan Al-Quran yang bercakap tentang Mary?"Anthony bertanya kepada saya.





SIAPA BERTUAH SIAPA





Itulah yang mengundang tangisanku malam ini.





Ramadan dalam kenanganku di perantauan, adalah bulan Allah menghadirkan tetamu-tetamu al-Rahmaan ke setiap rumah-Nya.





Ramadan dalam realitiku di kampung halaman sendiri…





Muslim yang tidak datang ke masjid tidak pernah diendah dalam kerisauan.





Bukan Muslim yang datang ke masjid, dihalau, dicaci penuh prejudis, dan dimurkai sesuka hati.





Kalimah Allah mahu dieksklusifkan, Doa Khutbah mahu dieksklusifkan, Masjid dan Surau mahu dieksklusifkan, hingga aku terbelenggu dalam fikiran, betapa bertuahnya Melayu mendapat Islam, namun bertuahkah Islam mendapat Melayu?





Mahsyar akan menuntut jawapan kepada persoalan itu…