*Rasulullah Mencumburui Mariah al-Qibtiyyah
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Lahi'ah daripada Yazid bin Abi Habib daripada Abdul Rahman bin Syamasah al-Mahri daripada Abdullah bin Umar, ketika Mariah al-Qibtiyyah mengandungkan anak Rasulullah, Ibrahim, seorang kerabat lelakinya dari Mesir kerap datang menziarahinya.
Suatu hari, Raasulullah menemui Mariah dan melihat kerabatnya ada bersamanya. Rasulullah berasa cemburu. Baginda keluar dengan rona wajah yang berubah. Di jalanan, Baginda bertemu Umar. Umar perasan ada sesuatu yang Rasulullah pendamkan. Umar lantas bertanya keadaan Baginda. Rasulullah menceritakan kecemburuannya terhadap kerabat Mariah.
Umar lalu menghunus pedang lalu mencari lelaki itu. Lelaki itu segera menyingkap zakarnya yang sudah dipotong. Umar tidak jadi membunuhnya. Dia menemui Rasulullah. Rasulullah berkata: "Jibrail telah datang kepadaku dan membebaskan Mariah dan saudaranya daripada tuduhan yang terlintas pada diriku." (Riwayat al-Bazzar)
*Umar Cemburukan Isterinya ke Masjid
Umar bin al-Khattab tidak kurang besar cemburunya. Pernah isterinya keluar untuk solat berjemaah di masjid. Daripada riak wajahnya, isterinya tahu Umar tidak suka dan sedang cemburu. Lalu isterinya berkata:" Jika kanda melarang, dinda takkan pergi." Umar diam sahaja kerana teringat pesan Nabi s.a.w yang bermaksud:" Janganlah kalian melarang para wanita pergi ke masjid." (Riwayat al-Bukhari, Ahmad dan Abu Daud)
*Ibn Umar Cemburu Mendengar Bicara Isterinya dengan Lelaki Kerabatnya
Hammad bin Zaid Daripada Ayyub daripada Ibn Abi Mulaikah menyebut bahawa Ibn Umar mendengar isterinya berbicara dengan seorang lelaki dari balik tembok. Antara mereka masih ada hubungan kekeluargaan, namun Ibn Umar tidak mengetahuinya. Lalu dia mengumpulkan pelepah kurma dan memukul isterinya sehingga si isteri berteriak kesakitan.
*Cemburu Mu'az bin Jabal Waktu Makan Epal
Al-Kharaithi menyebut daripada Mu'az bin Jabal bahawa dia makan epal bersama isterinya. Lalu masuklah hambanya menemuinya. Kemudian si isteri memberikan epal yang telah dimakan sebahagian kepada hamba itu. Mu'az rasa cemburu, sehingga dia bertindak memukul isterinya.
(sumber: Majalah SOLUSI isu no. 28)
_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me