BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 17 April 2010

kita semakin kejam.....

assalamualaikum..




Saya budak baru kat sini.Nama saya Hazwan.Ahmad Hazwan bin Idlan.Mak saya pulak nama Yasmin.Saya anak sulung dalam keluarga ni.Semua orang gembira bila saya lahir,nampak mereka hepi je..saya beruntung,dapat mak dengan abah yang baik macam mak abah saya,mereka menyayangi saya,bagi saya makan,temani saya,kasihi saya.Saya nak jadi budak baik,nak banggakan diorang,tak mau diorang sedih sebab saya.Saya nak jadi kebanggaan ibu ayah tau!!


    haa..ni la saya..comel tak??
 
   tapi kan....

 saya takut

 saya takut

  saya takut




Sebab,sekarang ni,semua teman teman saya mengalami nasib yang buruk..ada yang didera,ada yang dibuang,ada yang ditinggalkan begitu sahaja,malah,ada yang sanggup membakar anak2 mereka.Adakalanya saya rasa lebih baik lahir di zaman arab jahiliah dulu,hanya ditanam hidup hidup.



 Apa nak jadi dengan Dunia sekarang??



Memang...memang saya tak nafikan dunia kita makin hari makin maju,tapi mentaliti kita di tahap yang ke berapa??Manusia menjadi semakin kejam,lebih kejam dari binatang.Kanak kanak macam tak ada nilai,tak ada harga bagi mereka,apa yang mereka pandang bila tengok kanak kanak macam saya??lemah??tak kuat???




Lihat teman saya,Syafiah Humaira,meninggal dunia disebabkan pendarahan otak dan kerosakan buah pinggang akibat ditendang dan dihentak dengan kuat oleh teman lelaki mak dia sendiri.Insan yang patut nya melindungi dia,tapi,insan ni la yang menyebabkan teman saya tu meninggal.Ramai lagi rakan rakan saya yang mengalami nasib yang sama.Dulu,Nurin jazlin,badannya dikerat kerat...sumpah,saya takut dengan dunia ni..saya nak cari dunia yang selamat.saya takut sangat..





Patutnya mereka lihat kami sebagai anak anak yang perlu diberi kasih sayang.Ramai lagi ibu bapa yang berkehendakkan anak anak di luar sana,tapi,Allah dah beri pada kamu anak anak,anugerah cahaya mata yang terindah untuk kamu dan pasangan kamu.Kamu sudah beruntung,bersyukurlah pada Allah dengan apa yang kamu ada.Anak anak bukan tempat melepaskan geram amarah kamu,anak anak sepatutnya jadi pengubat jiwa hati kamu yang gersang,anak anak yang lemah ini patut jadi penenang hati kamu yang dambakan kasih sayang.Apa salah anak anak ini pada kamu??Cuba letakkan diri kamu padanya,kamu SUKA bila disepak,diterajang,dihentak??kamu suka??kamu suka??

 
       Wahai bapa,ibu,abang,kakak.pakcik,makcik,jiran tetangga yang disayangi..




Saya merayu,sila ambil peduli dengan keadaan kami,anak anak kamu.Laporkan atau ambil tindakan segera jika terdapat tanda tanda penderaan terhadap kami.Kami hanyalah insan yang lemah,tiada kudrat untuk melawan,kami hanya ada Allah,cukuplah hanya Allah yang tahu segala isi hati kami,Dia lah Tuhan yang Maha Penyayang.Setahu saya,anda semua kena'jaga tepi kain orang'dalam hal hal ini.




Wahai bapa,ibu,abang,kakak,pakcik,makcik,jiran tetangga yang disayangi..



  jangan marah,jangan marah,jangan marah




kerana kemarahan membutakan akal seseorang yang bijak seperti anda sehingga sanggup melakukan kekerasan terhadap kami tanpa pertimbangan yang waras,akhirnya,kamu juga yang menyesal di kemudian hari..

saya nak keluarga saya macam ni..bahagia saje...doakan saya kawan kawan...saya berharap..dan terus berharap....insyaAllah..

0 comments: